May
18

Fasha Sandha Kecewa Kehamilan Dipersoalkan

Berita gembira kehamilan Fasha Sandha yang sepatutnya disambut dalam suasana gembira telah dicemarkan dengan pertikaian daripada beberapa pihak yang seakan ‘cari pasal’.

Disebabkan itu, Fasha Sandha melalui kenyataannya kepada Utusan Malaysia melahirkan rasa kekecewaannya kerana tindakan pihak berkenaan yang cuba menabur pelbagai fitnah yang tak masuk akal.

Fasha Sandha berkata pernikahan adalah satu perkara yang serius dan dia telah berbelanja besar untuk mengadakan majlis pernikahan tersebut dengan dihadiri oleh keluarga serta pihak media.

“Cubalah fikir cara logik. Pernikahan bukan boleh dibuat main-main. Janganlah suka-suka nak buat cerita yang bukan-bukan. Mereka faham tak apa itu bunting pelamin? Saya tidak mahu memberi sebarang komen berkaitan dakwaan yang tidak masuk akal itu.”

Pada masa yang sama, Fasha Sandha turut melahirkan rasa pelik apabila berita pengumuman suaminya, Jejai yang dilantik sebagai pemandu untuk pasukan Lamborghini Kuala Lumpur JH Italia dikritik oleh pengikut di laman Twitter, semalam.

“Pelik benar today. Lepas je I tweet few pics Lamborghini launch dengan hubby I, ada manusia tu tweet i bukan-bukan, mengata I macam-macam. I tak faham kenapa? This is very unhealthy. Kalau rasa sakit hati tengok pics kat twitter page I, jangan la follow I. This is my twitterland, I taknak layan lagi unhealty tweets in the future. Thanks :)

Related posts:

  1. Kecewa Dengan Jejai, Punca Fasha Sandha Bercuti Ke Bali
  2. Fasha Sandha Kongsi Foto Keputusan Kehamilan
  3. Video : Teaser Pernikahan Fasha Sandha & Rizal Ashram (Jejai)
  4. Panas! Bukti Log Panggilan, BBM Jejai Kepada Fasha Sandha
  5. “Bekas” Ratu Kontroversi, Fasha Sandha Bakal Nikah Tahun Ini!
Share

May
18

Kereta Yuna Kena Pecah, Yuna Kerugian RM 5,000 Ribu

Penyanyi Sensasi, Yunalis Zarai telah mengalami kerugian dalam RM 5,000 selepas keretanya telah dipecah di area Subang Jaya, pagi semalam.

Penjenayah telah berjaya melarikan set radio kereta dan dua gitar berharga termasuk milik penyanyi didikannya Diandra Arjunaidi.

Pemain gitar yang sering mengiringi persembahan Yuna iaitu Farhan Fadzlishah atau Pa’an meminjam kereta Yuna untuk pulang ke rumah keluarganya di Subang Jaya. Lebih kurang jam 5:30 pagi, Bapa Pa’an terjaga dari tidur kerana terdengar bunyi bising di bahagian garaj rumahnya.

“Dia memeriksa bunyi bising itu sebelum ternampak kelibat dua lelaki sedang memecahkan cermin tingkap belakang kereta Yuna, manakala dua lagi lelaki sedang menunggu di luar pintu pagar bersama dua motosikal,” katanya ketika dihubungi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintendan Tan Ah Chuan, ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan menerima laporan kes itu.

Nasihat G.A.M sentiasalah berhati-hati dan jangan sesekali biarkan barang berharga dalam kereta tanpa sebarang jagaan rapi.

Share

May
18

Fasha Sandha Hamil Dua Minggu

Aksi Fasha dan Jejai di Pulau Redang

Pulangnya Fasha Sandha dari berbulan madu tempoh hari di Pulau Redang, dia telah mengumumkan satu berita gembira buat peminat semua dimana Fasha Sadha bakal bergelar ibu.

Katanya lagi, Fasha Sandha telah lambat datang bulan pada bulan tersebut dan telah membuat pemeriksaan doktor dan hasil dari pemeriksaan tersebut Fasha disahkan bunting pelamin 2 minggu.

    “Bunting pelamin, Rezeki dari Allah yg paling bermakna buat setiap pasangan suami Isteri. Syukur Alhamdulillah. Doa kami berdua dimakbulkan Allah. Terima kasih keluarga, peminat yg mendoakan kebaikan untuk kami. Doakan agar kandungan awal ini sihat selalu.. Syukur. Amin”

Tahniah diucapkan buat pasangan berbahagia ini Fasha Sandha dan Jejai, Akhirnya hasil dari perkahwinan mereka membuahkan hasil akhirnya. Doktor juga menasihati Fasha agar tidak melakukan kerja-kerja berat,” ujarnya dalam nada gembira.

G.A.M mendoakan agar Fasha dan kandungannya sentiasa berada dalam keadaan sihat hendaknya.

Share

May
18

Ady Putra Bercerai Dengan Isterinya Aida Yusof

Musim 2012, merupakan tahun yang penuh dengan kontroversi skandal seks dan penceraian, kali ini Adi Putra telah mengesahkan dan menfailkan permohonan untuk bercerai dengan isterinya, Aida Yusof di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada 11 Mei lalu.

Adi, 31, berkata, dia dan isterinya telah mengambil keputusan untuk berpisah secara baik dan tindakan itu dibuat selepas pelbagai usaha untuk menyelamatkan rumah tangga mereka gagal.

Ketika saya pergi mengerjakan umrah baru-baru ini, saya mohon segala yang baik daripada Allah terutama kebahagian dalam rumah tangga, tetapi apakan daya saya kerana setakat ini saja jodoh kami, katanya.

ada mengatakan penceraian ada kena mengena pihak ketiga

Dalam pada itu, Adi turut menafikan penceraian itu disebabkan oleh isu anak atau pihak ketiga, tetapi berpunca daripada masalah dalaman suami isteri yang agak sukar untuk diceritakan kerana bimbang mengaibkan orang lain.

Menurut Ady Putra, beliau dan isteri memilih jalan untuk berpisah secara baik selamat semua usaha menyelamatkan hubungan mereka menemui jalan buntu.

Dalam setiap kebahagiaan pasti ada kedukaan dan saya tak jangka perkara perceraian akan berlaku dalam rumah tangga saya.

Tiada sefahaman itu pasti dan selebihnya saya tidak mahu bercerita panjang, tambah Ady Putra lagi.

Share

May
18

Tips dan Cara Untuk Hilangkan Jerawat Muka Anda

Blogpenyamun,Keyakinan diri merupakan sesuatu yang kita perlu ada dalam mengharungi kehidupan sebagai seorang muslim. Ia penting dalam usaha kita menyampaikan sesuatu mesej atau berkomunikasi. Kadangkala bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat akan merasakan bahawa keyakinan mereka kurang. Jerawat berlaku kerana pelbagai faktor. Antaranya perubahan hormon, keturunan (genetik), tekanan dan makanan.

Berikut adalah beberapa tips yang boleh diamalkan untuk mengurangkan atau mengelak jerawat :
-Ambil wudu’ sebelum tidur.
-Pastikan diri berwudu’ sepanjang masa.
-Elakkan diri daripada tekanan.
-Pastikan anda mempunyai rehat dan tidur yang cukup.
-Elakkan daripada memicit jerawat dengan kuku kerana ia akan menyebabkan jerawat menjadi bengkak, merah dan berparut (radang).
-Berdisiplin dalam menggunakan pencuci muka dan ubat.
-Pastikan pencuci muka anda betul-betul sesuai dengan kulit muka.
-Pastikan tangan anda sentiasa bersih kerana jika tangan kotor (mempunyai bakteria), maka ia akan memindahkan bakteria ke muka apabila anda menyentuh muka.
-Pastikan kain pengelap muka anda sentiasa bersih dan lembut.
-Lindungi kulit dari sinar matahari kerana ia akan meransang kulit mengeluarkan lebih banyak sebum sehingga menyebabkan pertumbuhan jerawat.
-Kurangkan makanan yang pedas, berminyak dan berkalori.
-Elakkan dari membuat atau memikirkan perkara-perkara yang boleh menaikkan ghairah nafsu.
-Pastikan muka anda benar-benar bersih selepas memakai mekap.

Sumber: ILuvIslam.com

Share

May
18

Cara Yahudi Memperdayakan Umat Islam

Blogpenyamun-Bijak sungguh yahudi memperdayakan kita umat Islam, mereka suruh kita minum susu lembu buatan mereka, tapi mereka minum susu kambing, mereka minum apa yang diminum oleh Nabi kita Muhammad SAW.

Mengapa kita tidak ikut nabi kita, kita ikut orang yahudi tapi ternyata mereka mengikut apa yg nabi kita makan dan minum. Teruskan membongkar kebijaksanaan yahudi menipu umat Islam.

Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah:

“Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil”

Antara ‘barangan mereka’ yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita

1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sebab hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. Jadi, kepekatan toksin tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini. 
 
2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.
3. Kita diajar makan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans. 

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat , contohnya coke dan maggi . Coke tu sangatlah beracun dan sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi) . Dan Melayu kita jugalah yang ketagih minum.
6 . Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni menggalakkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. Selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sebab dalam soya ada hormon estrogen yang sama dengan estrogen di wanita. Selain itu, soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.
 

Share

May
18

Pasar raya besar Mydin, Meru Raya yang terbesar di Malaysia

Blogpenyamun,Hari ni (18 Mei 2012) Mydin Mall dibuka secara rasminya di bandar Meru Raya, Ipoh. Mydin ni merupakan Mydin wholesale yg petama di Perak dan terbesar di Malaysia. Dalam Mydin ni memang luas, tetapi masih banyak kedai yg belum buka termasuk pusat bowling dan hiburan/karaoke. Selain pasaraya Mydin, antara kedai-kedai yg ada kat sini ialah Habib, Big Apple, Marrybrown, Wah Chan dan lain-lain. Di tingkat bawah ada sebuah foodcourt yg agak besar dan cantik dikenali sebagai Rasa Village. Pelbagai aktiviti dan promosi menarik telah dirancang sepanjang 3 hari pembukaan ini iaitu dari 18 hingga 20 Mei ini.

pusat hiburan dan bowling yg belum dibuka

Share

May
18

Buat Banyak duit Dengan Nuffnang

Buat Banyak duit Dengan Nuffnang? Aku rasa banyak blog dah buat tentang entri ini. Dan banyak blog yang aku baca mempunyai pelbagai pendapat dengan Nuffnang. Ada juga yang aku baca si blogger sudah memperolehi pendapatan dengan Nuffnang, walaupun pendapatan itu tidaklah menjadikan si blogger itu seorang jutawan.

Apa itu Nuffnang? Kalau anda perasan di sebelah atas dan sebelah kanan blog aku ini ada iklan – iklan yang bergerak-gerakkan? Itulah iklan yang diberi oleh pihak Nuffnang. Dengan Nuffnang, kita hanya perlu meletakkan kod iklan pada blog kita. Dan menunggu orang klik pada iklan untuk mendapat duit. Nuffnang adalah merupakan peneraju komuniti pengiklanan blog yang pertama di rantau Asia-Pasifik. Nuffnang membolehkan pihak pengiklan untuk menyiarkan iklan berasaskan grafik mahu pun video ke dalam lebih 100,000 blog pelbagai jenis pelantar. Nuffnang kini mempunyai cawangan pejabat dalam 4 buah negara; Singapura, Malaysia, Filipina dan Australia.

Jika hendak diringkaskan, Nuffnang ini adalah syarikat pengiklanan (orang tengah) yang membantu syarikat-syarikat mempromosi produk-produk mereka. Nuffnang meletakkan iklan – iklan mereka ini di blog – blog yang terpilih yang dijadikan sebagai tempat untuk mengiklankan produk-produk itu. Jadi, kalau anda ada blog, blog anda itu diumpamakan sebagai tuan tanah yang memberi kebenaran untuk satu syarikat iklan memacakkan papan iklan di tanah anda.

Sekiranya anda seorang blogger yang suka menulis dan seringkali update blog anda, anda sememang wajib mendaftar sebagai pengiklan nuffnang. Daftar disini  http://www.nuffnang.com.my/blogger-registration/Selepas mendaftar anda dikehendaki untuk menyediakan sedikit ruang di blog anda untuk tujuan pengiklanan banner yang telah disediakan oleh pihak Nuffnang. Boleh cuba! Siapa tahu anda mampu buat duit dengan Nuffnang
Itulah sedikit maklumat yang aku faham tentang Nuffnang. Walaupun aku sendiri tak dapat lagi sebarang income dari Nuffnang, sekurang-kurangnya iklan Nuffnang ini dapat mencantik dan menjadikan blog aku macam blog yang diselia oleh orang yang pandai berblog.

Share

May
18

Keindahan Hotel mewah dasar laut di Dubai

BLOGPENYAMUN – Wow indah sungguh rekabentuk Hotel mewah nie… dah nama pon mewah, yang paling mengasyikkan lagi adalah ia berada di bawah permukaan air. Pasti suatu hari nanti lokasi ini bakal menjadi tempat yang harus di lawati oleh pengunjung.. banyak sungguh tempat terindah di dunia nie.. huhu.

Bandar raya Dubai di Emiriyah Arab Bersatu (UAE) sememangnya terkenal sebagai tempat kediaman bagi orang kaya dan bagi memenuhi cita rasa golongan ini, sebuah hotel mewah di dasar laut bakal dibina di bandar raya tersebut.

The Water Discus Hotel adalah sebuah hotel dengan rekabentuk seperti kapal angkasa bakal dibina di Dubai. Rekabentuknya direka oleh firma Deep Ocean Technology.

Hotel ini mempunyai dua bahagian utama iaitu satu bahagian di atas permukaan laut dan satu bahagian lagi berada 10 meter bawah permukaan laut. Bahagian yang terletak bawah laut ini akan mempunyai 21 bilik yang dibina dengan ciri-ciri keselamatan yang tinggi.

Jom kita lihat lagi gambar-gambar The Water Discus Hotel yang indah ini~

Syarikat pembinaan Drydocks World telah menandatangani satu kontrak dengan syarikat Switzerland, BIG InvestConsult untuk membangunkan hotel di dasar laut di rantau itu, termasuklah projek Water Discus Hotel di Dubai, lapor news.au.com.

Rancangan pembinaan projek Water Discus Hotels itu melibatkan dua bangunan seperti kapal angkasa yang dibina di atas permukaan air dan di bawah permukaan air.

Hotel itu mempunyai tiga tiang dan satu struktur bangunan menegak yang menempatkan lif dan tangga yang menghubungkan bahagian atas permukaan dan bawah permukaan air.

Setiap bilik turut dilengkapi pencahayaan khas bagi membolehkan tetamu melihat dengan jelas kehidupan di dasar laut.

Bagi mendapat pengalaman sebenar berada di dalam laut pula, pengunjung boleh menaiki kenderaan mini untuk mengelilingi kawasan dasar laut di sekitar hotel itu.

Deep Ocean Technology merupakan syarikat yang bertanggungjawab memperkenalkan teknologi ini.

Dubai juga menjadi tapak bagi projek “The World” – yang merupakan projek pulau-pulau berbentuk Bumi dengan kira-kira AS$18 bilion dibelanjakan untuk projek tersebut, termasuk projek Burj Khalifa, yang merupakan bangunan tertinggi di dunia.

Share

May
18

Anggota Kugiran U2 Pemuzik Terkaya Di Dunia 2012



BLOGPENYAMUN,Anggota kugiran U2, Bono semalam bersiap
sedia untuk menjadi bintang muzik paling kaya di dunia. Apabila saham Facebook
diapungkan di pasaran saham Nasdaq hari ini, ekuiti miliknya dalam Facebook
yang dibeli dengan harga 56 juta (RM280 juta) tiga tahun lalu, akan bernilai
lebih RM4.7 bilion.

Ketika pelabur ditawarkan habuan mereka,
kebangkitan mendadak laman sosial Internet itu akan melihat nilainya di sekitar
RM320 bilion. Bono, 52, akan menduduki tempat pertama, menyingkirkan bekas
anggota Beatle, Sir Paul McCartney, 69, yang dianggarkan bernilai kira-kira
RM3.3 bilion.

Syarikat Bono, Elevation Partners membeli 2.3 peratus ekuiti dalam Facebook
pada 2009. Minat terhadap langkah menyenaraikan Facebook di pasaran saham amat
menggalakkan dan Facebook sudahpun meningkatkan jumlah saham yang ditawarkan
kepada lebih 420 juta, meningkatkan lagi nilainya.

Facebook dicipta lapan tahun lalu di asrama
universiti Ketua Pegawai Esekutifnya (CEO) Mark Zuckerberg dan hanya
mencatatkan keuntungan RM12.5 bilion tahun lalu. Nilai saham peribadinya
dijangka mencecah RM75 bilion, menjadikannya lelaki ke-15 paling kaya di dunia.-HM

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Share

Older posts «

» Newer posts