BEIJING – Rasa cinta yang berlebihan boleh membuat orang mudah terbakar amarah. Di Wiefang,daerah Shandong, China, seorang isteri tanpa fikir panjang membakar sebanyak 400 handphone di kedai milik suaminya kerana menolak diceraikan.
Hubungan rumah tangga perempuan yang bernama Wang berusia 37 tersebut mulai retak ketika suaminya jarang pulang ke rumah. Padahal, pasangan itu begitu sukses menjalankan bisnis handphone dan memiliki sebuah kedai mewah.
Namun, akibat bisnis itu tak membuat hubungan rumah tangga mereka semakin mesra. Sebaliknya, hubungan mereka kian renggang. Pada 3 March lalu, sang suami pun memutuskan bercerai dari isterinya.
Wang yang kecewa dengan keputusan suaminya itu membakar kedai yang berisi sekitar 400 handphone baru bernilai 300.000 yuan atau USD42.000. Rasa cinta Wang yang berlebihan itu membuatnya masuk penjara kerana sengaja membakar kedai bekas suaminya. .
