Seorang lelaki menceraikan isterinya setelah cuba membangunkannya untuk pergi kerja di suatu pagi.
Lelaki Arab Saudi yang identitinya dirahsiakan dan berusia 23 tahun ini untuk ketiga kalinya menceraikan isteri dengan alasan yang sama dan juga kerana anaknya yang nakal.
“Ketika isterinya membangunkannyauntuk segera pergi bekerja dia kemudian sangat marah dan menceraikan isterinya sektika itu juga,” demikian tulis sebuah akhbar tempatan.
Dia cuba meminta maaf dan berharap agar pernikahannya boleh kembali namun orang tua si isteri menolak menerimanya kembali. “Dia sudah cuba bertemu dengan keluarga isterinya namun mereka mengatakan dia tak akan pernah melihatnya lagi,” demikian disampaikan seorang sumber. Dalam hukum Islam, suami bioleh menjatuhkan talak kepada isteri dengan kata-kata tersebut sebanyak tiga kali.-Tribunnews.com
